Saturday, December 14, 2013

Tepung

Malam tadi aku bermimpi , yang menjadi tanda tanya bagi aku ialah mengapa aku boleh ingat jalan cerita mimpi dengan jelas , kecuali aku memang tak ingat wajah lelaki yang berada dalam mimpi aku , dalam firasat aku lelaki tu kacak , kalau tak kenapalah aku kahwin dengan dia kan . Kahwin ? . Yes , aku mimpi aku kahwin dengan seorang lelaki yang aku tak pernah kenal , nama pun tak tau .

Yang aku ingat dalam mimpi tu , kawan kawan aku semua datang . Dia orang semua sibuk tanya kenapa aku kahwin awal sangat , aku baru 18 tahun kot . Kenapa aku sanggup habiskan waktu remaja aku macam tu . Aku pun pelik . Mimpi apa ni ?!

Dah lah ! Aku tak nak ingat lagi mimpi ni , masalah nya , dah dua hari berturut - turut aku mimpi benda yang sama , ada maksud ke ? Aku pun tak pasti . Bila aku tanya dekat kawan - kawan apa maksud mimpi aku ni, boleh pulak dia orang suruh aku cakap dengan mak aku yang aku memang dah gatal nak kahwin . Ohh please , aku masak pun tak reti , dah lah pemalas , ada hati punya niat nak kahwin ?! I'm not insane ok !

  "Adik , belikan mak tepung cap kunci kat kedai , mak nak buat kuih ni . Tepung cap kunci je tau . Tak nak cap lain . " Arah mak kepada ku . Aku tengah cuti semester . Aku merupakan pelajar Alam Bina di sebuah pusat asasi universiti tempatan . Yeahh , memang kerja aku dekat rumah ni lah , tolong mak beli barang dapur dekat kedai naik motor . Apa susah , aku ni duduk Felda , tak payah susah susah pakai topi keledar nak pergi kedai , start motor , terus sampai , hehe . Kalau jumpa polis , angkat tangan je , tak takut pun weyh . Tapi kalau nak diikutkan boleh je polis tu saman warga Felda ni . Kaya dia orang kalau saman semua orang . Tapi itulah yang best nye duduk dekat Felda ni . Kalau orang bandar mesti anggap orang yang duduk Felda ni orang kampung . Yeahh memang dikira kawasan kampung pun . Tapi kampung yang lebih maju dari kampung - kampung lain .

  Aku dulu pernah bersekolah di bandar Johor Bahru dan kini aku belajar di bandar Kuala Lumpur . Aku pun tak tahu kenapa nasib aku asyik kena buang dekat bandar besar jee hehe . Tapi bestlah . Boleh tengok perbezaan desa dengan bandar besar . Memang berbeza , nasib baik aku bukanlah budak yang suka sangat bersosial , kalau tak mesti aku dah rosak duduk bandar - bandar besar ni.

  Sesampai je kedai , abang yang kerja dekat kedai tu tanya aku "Hai dik , anak siapa ni ?" Yeah aku memang kurang dikenali dekat Felda ni sebab aku tak bersekolah di sini , aku pun pelik sebab orang mesti susah nak ingat aku , apa muka aku ni susah sangat nak diingati ke ? sobs sangat sedih . Padahal aku dah banyak kali pergi kedai dia ni . Tak ingat - ingat aku ke . Tuan kedai ni janda sebenarnya , yang bekerja dekat kedai ni semua anak - anak bujang dia . Semua tak kahwin lagi . 

  "Anak kak Fareedah , kenal tak dia ?" tanya ku semula . "oohh mesti lah kenal , tauke tudung tu , wah cantik anak dia sama macam mak dia " ehh memuji aku pula , aku nak beli apa ni tak nak tanya aku pulak . 

"Dah lah Sudin , kalau nak mintak nombor telefon cakap je , tak payah nak puji melebih - lebih , hehe " celah seorang pak cik yang baru datang ke kedai itu .

"Ehh tak delah Pak Isnin , tak kan lah saya nak ngurat dia , dia ni mesti lah dah ada pakwe kan ."

  Aku hanya tersengih . Kalau lah apa yang abang cakap tu betul best jugak . Padahal aku ni memang solo lagi . Entah lah , dekat universiti aku bukanlah seorang pelajar yang popular dan kurang menonjol . Memang tak delah aku nakada pakwe .

"Bang tepung cap kunci ada ?"
 "Tak adalah dik , tepung cap sauh je yang ada . "
"ohh tak pelah bang saya balik dulu "

  Aku pun start motor dan pergi ke kedai lain . Aku baru perasan ada kedai baru dekat Felda ni . Aku pun singgah lah mana tau ada tepung mak aku tu .
Bila aku masuk kedai tu , mak aih besar jugak kedai ni . Aku rasa dekat Felda ni , memang ni lah kedai yang paling besar . Tiba - tiba seorang jejaka kacak menegur aku . "Ye dik nak beli apa ?" ohh dia kerja sini ke Ehh jap , aku tengok dia ni macam sebaya aku je , sesedap je panggil aku dik , nampak baby face sangat ke aku ni ? hehe . "Ada tepung cap kunci tak ?'' "Oh ada , sekejap je saya ambilkan"

  Baik nye , siap amik kan ,lepas ni memang selalu lah aku datang kedai ni . Hensem kot pekerja dia . Aku dengan tak malunya mengajak dia berbual .

  "Awak umur berapa ni ? "
  "18 dik , kenapa ? "
  " Ehh kita sama umur lah , jangan lah panggil saya adik , awak tak sambung belajar ke ? "
  " Oh , jadi boleh saya panggil sayang ? , saya tengah cuti semester , tu yang kerja sambilan dekat sini . Ni kedai mak cik saya , saya tumpang rumah dia sebab bosanlah duduk rumah saya dekat KL tu "
  
Ehh nak panggil aku sayang pulak , pandai bergurau , nasib baik kacak haha . 

 "Haha , nama saya Fina lah , bukan sayang , awak belajar dekat mana ?"
  "Sedap nama , saya belajar dekat PASUM , awak ?
  " Ohh my God , kita sama tempat lahh , tapi saya tak pernah nampak awak pun ? awak ambil jurusan apa ? "
  " Saya ambil jurusan Sains Hayat , wahh kita macam ada jodoh je"

Seriously dia ni sama tempat aku belajar ? Terlompat riang jantung aku . Lepas ni memang aku nak cari dia kat sana lah , tapi malangnya dia lain kos dengan aku . Dia ni kos Sains Hayat pulak tu . Tapi patutlah dia baik sebab dekat tempat aku belajar , budak Sains Hayat memang popular dengan nerd mereka , tapi jejaka depan aku ni tak delah nerd sangat , just baik . Tapi macam nakal sikit . Aku dah jatuh hati ke ? Oh tidak .

 "Nah tepung awak , "
"Ohh trimas , ni duit nya , cukupcukup kan ?"
"Yess exactly , see you soon , kalau ada jodoh jumpa lagi ok . "

Dia senyum padaku , alamak lupa nak tanya nama , tak pelah kalau ada jodoh jumpa lagi aku tanya lagi . Aku pun pulang kerumah dengan senyuman yang lebar sampai telinga .

"Nah mak , tepung mak "

No comments:

Post a Comment