Post kali ni saya lebih tumpukan pada golongan perempuan , tapi , kalau lelaki yang mempunyai masalah kulit pun mungkin boleh mencuba , siapa tahu , menjadi ,
sebab jerawat , acne , kulit berminyak ni terjadi dekat ape ape jantina pun kan , termasuk lah , golongan yang aww aww tu ,
sebab mungkin lumrah manusia akan mempunyai masalah ni kot , senang kata , tak mencabar lah hidup kalau tak ade masalah kulit macam ni kan ? haha :D
saya cuma nak berkongsi apa yang saya tahu je , kalau tak nak ambil tahu pun tak ape , yang penting , jangan lah kutuk , ok ? saya cuma bagi pendapat je ,
sebenarnye , baru baru ni saya ada cari tips tips untuk muka yang sihat , yang tidak kering , dan yang boleh clearkan wajah , Insyaallah , cara ni mungkin berhasil ,
kita boleh gunakan Oatmeal ni tau , saya sarankan , jangan beli yang berperisa , sebab selalunya yang berperisa mestilah mengandungi gula kan , cuba awak semua bayangkan kalau letak gula dekat muka ? mesti muka jadi ape ape entah , haha , so , just guna yang classic je ,
saya juga sarankan , awak semua basuh muka menggunakan Oatmeal ni , sebab ianya tiada bahan tiruan , ramai yang dah bagi comment yang positive , kerana kalau awak semua gunakan pencuci muka yang dekat kedai tu , kadang kadang ianya boleh mengeringkan kulit , kan tak elok tu :D
tapi kalau nak guna jugak pencuci muka , boleh jugak , tapi guna sekali je , pagi basuh muka guna oatmeal ni , malam , sebelum tidur basuh muka guna pencuci muka , ok ? *kalau nak sangat guna pencuci muka yang dah beli mahal tu laah , ahaha
sebenarnye , kalau guna oatmeal ni , bukan je bagus untuk kulit , murah pulak tu , save duit , kan , lagi lagi kalau duduk dekat asrama , tak ada lah selalu mengadu pencuci muka hilang sebab kawan curi , kalau Oatmeal ni , sape je yang nak curi ? bukan ada orang yang suka makan benda ni sangat pun kan ? :D
kalau yang suka pakai mask malam malam tu , apa kata , guna Oatmeal Mask je , buatan sendiri , lebih bagus , kalau awak semua tak percaya lah cakap saya ni , try la search Google , berapa ramai yang sokong kalau guna Oatmeal ni , banyak kebaikannnye , dan dapat membantu menyihatkan dan menghilangkan masalah kulit ,
saya hanya berkongsi secebis ilmu kecantikan je , kalau suka try la , kalau tak suka , bye la , ahaha
Written by ,
FYNA